Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra.Sekolah ini diasaskan pada tahun 1965 dan telah dirasmikan pada tahun 1969 oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Tuaku Raja Perlis pada ketika itu.Diawal penubuhannya,bilangan murid yang berdaftar pada ketika itu ialah seramai 234 orang bagi tingkatan 1,manakala tenaga pengajar hanya seramai 16 orang sahaja.Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Putra mempunyai pelajar seramai 1161 orang dan berdaftar bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas.Bilangan staf adademik seramai 100 orang dan kakitangan sokongan seramai 15 orang.
Pengetua pertama yang menarajui pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Putra ini ialah Encik Teoh Chooi Hoor yang juga merupakan Guru Besar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra.Pada tahun 1967,merupakan pelajar kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan LCE.Sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra.Mulai 1 Jun 2008 En.Ghazali bin Abdullah merupakan Pengetua.Sekolah ini merupakan sekolah Gred A dan mempunyai 43kelas.
Sekarang ini Sekolah Menengah Kenangsaan Putra sudah memiliki kawasan dan beberapa bangunan sendiri yang lengkap dan kelas-kelas pembelajaran, makmal sains, bilik muzik dan tayangan,perpustakaan, bengkel Kemahiran Hidup,Automotif, Ekonomi Rumah Tangga, Bilik Seni ,Grafik Berkomputer ,Servis Motor, dan lain-lain bilik asas serta kemudahan-kemudahan yang lain.Sekolah Menengah Kebangsaan Putra berkeluasan 12.11hektar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra tidaklah begitu terkrnal tetapi tidaklah menghampakan harapan negara dan masyarakat dalam menunaikan tanggujawab sebagai sebuah institusi pendidikan. Sekolah ini juga turut mengadakan kelas masalah pembelajaran kategori cacat pendengaran.
No comments:
Post a Comment