SALAM PENGENALAN
PPU PENA PUTRA merupakan salah satu organisasi yang bernaung di bawah SMK PUTRA. Pada tahun 2009 program pengajian tingkatan enam telah ditukar namanya kepada PROGRAM PRA UNIVERSITI. Setelah melakukan kajian dan diskusi antara pelajar dan guru nama PENA PUTRA telah dipilih bagi mewakili PPU SMK PUTRA.
INTIPATI PENA PUTRA
P : POSITIF
[Pelajar PPU perlu sentiasa positif menghadapi apa jua keadaan kerana pemikiran yang sentiasa positif boleh mengubah seluruh kehidupan seseorang insan]
E : EFISIEN DAN SENTIASA EFEKTIF
[Bakal mahasiswa dan mahasiswi perlu sentiasa efisien dan sentiasa efektif apabila melaksanakan sesuatu tugasan dan situasi yang diberikan]
N : NILAI TAMBAH DAN KELAINAN
[Sebagai pelajar PPU, pelajar tersebut perlulah sentiasa bersedia melakukan nilai tambah ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Selain itu, seseorang pelajar juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima serta melakukan kelainan jika perubahan tersebut boleh membawa anjakan paradigma yang lebih cemerlang.]
A : AZAM YANG TINGGI
[ Sebagai pelajar yang bakal menempuh tempat di universiti, pelajar tersebut perlu sentiasa mempunyai azam yang tinggi dan sentiasa menjadikan azam tersebut sebagai peniup semangat untuk menjadi insan yang berjaya menempuh kehidupan yang serba mencabar.]
LAUNGAN SEMANGAT PPU PENA PUTRA !
'KAMI USAHA, PASTI BERJAYA'
Kata laungan ini diwujudkan ba menyatu padukan pelajar PPU PENA PUTRA serta menjadikan laungan semangat ini sebagai pegangan semua pelajar PPU PENA PUTRA.
[Kata laungan ini dipilih kerana tiada istilah lain untuk menempah kejayaan, tetapi hanyalah melalui usaha, tampa mengira bidang atau perkara yang ingin kita lakukan semuanya memerlukan usaha dan dengan usaha tiada insan yang akan terkecuali memperoleh kejayaan]
No comments:
Post a Comment