AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009/2010
JAMUAN 2009
- Jamuan ini diadakan di Restoran Hajjah Asmah dan disediakan oleh pelajar-pelajar 6 rendah untuk pelajar 6 atas,sebagai penghargaan atas kerjasama antara pelajar 6 atas dan 6 rendah sepanjang tahun 2009.Jamuan ini juga merupakan jamuan perpisahan pelajar 6 atas yang bakal menduduki peperiksaan STPM 2009.Semoga silaturahimyang terjalin berkekalan..
TEATER
MURAL [MASA CUTI]
- Program ini bagi memastikan pelajar 6 rendah mengisi masa cuti mereka dengan perkara berfaedah ,di samping dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengendalikan projek ini. Selain itu,program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan guru serta membuat mengeksplorasi warna yang menarik. Mural yang dihasilkan akan mengindahkan fakulti seni SMK Putra.
SUKAN
- Pelajar-pelajar tingkatan 6 sebagai AJK tertinggi untuk membantu guru-guru melancarkan perjalanan sukan ‘rod run’ SMK Putra.Tahniah dan terima kasih kerana semua pelajar tingkatan 6 yang telah memberi kerjasama yang baik dan cemerlang.
TRANSFOMASI UNIFORM
- Pada tanggal 22 Februari 2010 telah berlaku satu sejarah dalam tingkatan ENAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA IAITU PERTUKARAN UNIFORM BARU .Pertukaran ini bertujuan membolehkan para pelajar turut merasai perubahan dasar yang dilakukan kerjaan iaitu menaik tarafkan tingkatan enam kepada program pengajian pra universiti.selain itu pertukaran uniform ini juga diharap dapat memberi semangat dan motivasi baru kepada para pelajar seterusnya dapat melakukan perubahan kearah paradigma yang lebih cemerlang terutama bagi sasaran utama kita pada tahun ini iaitu peperiksaan stpm yang bakal diduduki pada November tahun ini..oleh itu,ingat lah bakal mahasiswa dan mahasiswi kita perlu berpijak dibumi yang nyata ,perubahan uniform telah dilakukan jadi ayuh kita turut melakukan perubahan dalam diri kita sendiri,kerana masa terus berdetik dan tidak pernah berhenti walau sesaat ,jangan kita leka ,kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam semua bidang yang membawa manfaat.insyaallah .
KEPUTUSAN STPM
- 25.02.10.Hari yang telah dinanti-nantikan dengan penuh debaran telah tiba,iaitu hari keputusan STPM 2009 diumumkan.. Pelajar cemerlang STPM telah dinobatkan kepada NORAIN BT MAT SAAD .Tahniah kepada anda yang telah berusaha gigih,semoga perjalanan kehidupan anda selepas ini akan terus disulami kecemerlangan.
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
- 26.02.10.Kursus ini diadakan di SMK PUTRA bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.Pelajar tingkatan enam merupakan antara peserta yang menyertai program ini .Pelajar tingkatan enam yang dihantar menyertai program ini terdiri daripada AJK tertinggi Perstep dan persatuan –persatuan tingkatan 6 yang lain.Intipati program ini mampu member pendedahan kepada pemimpin-pemimpin persatuan agar tahu bidang dan tugas tanggungjawab mereka.
BADMINTON
- 13.03.10.Program ini adalah anjuran persatuan badminton yang bertujuan merapatkan silaturahim,dan sebagai salah satu aktiviti selepas menduduki peperiksaan awal tahun.
SEHARI BERSAMA FLORA DAN FAUNA
- 30.03.10. Program ini dibawah anjuran persatuan pendidikan seni visual SMK Putra.Program ini diadakan di Bukit Air ,bagi memberi peluang kepada pelajar tingkatan6 untuk melakukan ‘outdoor sketches’.
SUKANTARA
- 23.03.10..Pelajar tingkatan 6 merupakan AJK yang dilantik oleh setiap rumah sukan bagi membantu guru-guru menjalankan aktiviti pada hari tersebut.
KEM BINA NEGARA
- 02.04.10..Program anjuran Biro Tata Negara ini melibatkan semua pelajar tingkatan 6 di seluruh negeri Perlis. Diadakan di kem BTN Gua Kelam selama 3 hari 2 malam. Objektif utama program adalah melahirkan warganegara yang setia kepada negara dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
CETUSAN MINDA INTELEK
\

- 14 HINGGA 16 APRIL 2010.Cetusan minda intelek merupakan lawatan para pelajar yang mengambil kertas Seni Visual STPM 2010 ke Falkulti Seni ,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara pengisian program adalah seminar, pameran kerja kursus STPM, dan teknik menjawab soalan kertas teori. Lawatan kami ke sana adalah atas undangan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama UPSI. Bertujuan member pendedahan kepada guru dan pelajar tentang kaedah pentaksiran kertas 1,2,dan 3. Diharapkan lawatan ini mampu menyuntik semangat belajar dan seterusnya mencetuskan minda intelek para pelajar.
KEM SASTERA
- 03.04.10. Kem yang diadakan di Resort Eagle Park, melibatkan seluruh pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera negeri Perlis. Antara pengisiannya adalah mendedahkan pelajar kepada aspek penulisan sastera seperti puisi dan teknik penyampaian puisi yang berkesan. Pelajar juga mengetegahkan bakat mereka dalam penerbitan teater secara spontan. Penggiat teater negeri Perlis yang turut hadir untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ialah En.Shariff Shaari, ‘Uncle Sam’, dan En Yaakob Abd Aziz.
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
- 21.04.10. Pelajar PPU Pena Putra telah terlibat secara langsung sebagai AJK kerja majlis tersebut. Antaranya adalah jawatankuasa persiapan pentas, persembahan, dan penyeliaan susun atur penerima anugerah pada hari tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran iaitu,En Mansor B.Lat dan turut sama dihadiri oleh pengetua-pengetua negeri Perlis. Pada majlis itu Panitia Seni Visual dan Panitai Kesusateraan Melayu Tingkatan Enam ,telah menerima Anugerah Peningkatan Terbaik STPM 2009. Norain bt Mat Saad telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM 2009.
TEKNIK MENJAWAB MUET
- 23.04.10. Pihak pentadbiran PPU telah menjemput En.Haizul dari SMK Tengku Sulaiman bagi memberi tips terakhir untuk kertas ‘Reading’ dan ‘Writing’. Banyak panduan berguna yang telah dikongsi bersama para pelajar.
TITIAN SILATURAHIM PPU PENA PUTRA VS KERISMA SMK TANAH MERAH
- 14.05.10. Seramai 35 orang pelajar yang diiringi oleh 8 orang guru telah berkunjung ke SMK Tanah Merah Kelantan bagi membuat pemantauan akademik dan pengurusan Program Pra Universiti di sekolah tersebut. Lawatan yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam itu telah memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan guru. Seterusnya, menjalin hubungan silaturahim antara kedua-dua buah sekolah.
HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
- 18.05.10. Pelajar PPU sekali lagi telah diamanahkan untuk mengendalikan Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah 2010. Majlis tersebut diadakan dalam dua sesi iaitu sesi persembahan guru dan pelajar dan diikutio dengan sesi kedua iaitu sukaneka.
CETUSAN SERIBU PENGHARGAAN
- 21.05.10.Cetusan seribu penghargaan merupakan majlis khas yang dianjurkan oleh para pelajar PPU dibawah naungan PERSTEP. Majlis ini merupakan kesinambungan khas majlis hari guru, bagi memberi penghargaan kepada semua guru-guru SMK Putra yang telah banyak berkorban demi anak bangsa.
PERKAMPUNGAN SENI
- Perkampungan ini bermula sejak para pelajar yang mengambil subjek pendidikan seni visual mendapat tajuk untuk melaksanakan kerja khusus bagi tahun 2010.Setiap hari sabtu mereka akan berkampung di Falkuti seni ini bagi menyiapkan hasil kerja mereka.
SUKAN TAHUNAN
- 04.06.2010.Penglibatan keseluruhan pelajar-pelajar tingkatan 6 telah berjaya melancarkan lagi pejalanan hari sukan tahunan bagi tahun ini,yang ada di antara mereka yang turut serta menjadi peserta dalam sesuatu acara yang dipertandingkan,Ajk,dan lain-lain lagi.Kerjasama yang diberikan amat dihargai.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur ini bagi memantapkan lagi ilmu seni dalam diri pelajar-pelajar sastera.Lawatan yang disertai oleh para pelajar 6 sastera dan pelajar tingkatan 1 yang telah menyertai bidang seni teater sejak dari awal 2009.
JALUR GEMILANG GERGASI (HARI KEMERDEKAAN)
HARI RAYA PERDANA